Assalamualikum dan apa khabar semua. Sudah lama tidak ada update terkini bagi laman ini.
Baiklah, hari ini, pihak admin ingin menulis berkenaan dengan English Competition yang diadakan di SMA Mahmudiah baru-baru ini. Majlis tersebut berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula pada hari Khamis 2/7/09 hingga ke hari Jumaat 3/7/09.
Sepertimana biasanya, majlis tersebut berlangsung dengan meriahnya dengan sekolah kita disertai seramai 19 orang yang terdiri dari 16 lelaki dan 3 perempuan (Kaum Adam x kan Kalah la) yang mengambil bahagian dalam beberapa acara seperti Stroy Telling, Quiz, Speech, Nasyid dan juga essay writing.
PAsti kalian semua tertanya-tanya acara apakah yang sekolah kita telah berjaya menangi kan. Sabar dulu biar saya beritahu.
Kita tidak mendapat apa-apa kemenangan. Kita cuma mendapat Consolation Prize. Tetapi, menurut Sir Yusri, pihak kita berjaya memenangi tempat ketiga dalam hampir kesemua acara yang di sertai.
Apa-apa pun tahniah kepada wakil dari sekolah kita yang telah berusaha bersungguh-sungguh mewakili sekolah kita ini.









